Friday, August 19, 2011

kaseh sakura episod 1


"mak...adik nak chuchu..." minta sakura yang baru sahaja siap mandi dan lengkap digayakan dengan gaun pink.
sakura yang berumur 3 tahun merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik beradik. 
"ni mak dah buatkan susu, kalau adik nak, cium pipi mak dulu" minta Puan Miyuki yang menghulurkan botol susu kepada sakura. "muuuahhh...." sakura mincium lembut pipi ibunya itu. Puan Miyuki tersenyum dan terus mendukung sakura dan memasukkanya ke dalam buaian. Puan Miyuki mendodoi anak bonsunya dengan rasa kasihan. Sakura terasing dengan kakak-kakaknye kerana jarak umurnya yang agak jauh. Dia lebih banyak bermain dengan anak-anak patungnya. Saiz anak patung beruangnya yang hampir sama dengan saiz badanye menyebabkan dia menganggap bahawa anak patung beruang itu adalah temannya. Sakura lebih banyak mendiamkan diri dengan orang ramai termasuk dengan kakak dan abangnya.

Puan Miyuki tersedar dari lamunan. Dia melihat semula wajah anak bongsunya itu sambil terseyum.

Kemudian dia menuju ke dapur. Dia melihat jam didinding. Sudah hampir 5.30 petang. Puan Miyuki mula mengambil keledek untuk di goreng sebagai juadah minum petang. Beberapa minit kemudian, Puan Miyuki terdengan bunyi kereta yang memasuki perkarangan rumahnya. Dia meninjau ke luar untuk memastikan siapakah geranganya, dia melihat suaminya iaitu Encik Kinomoto yang keluar dari kereta tersebut. Dia menuju ke arah Puan Miyuki dan memberi salam. "assalammualaikum..." "Waalaikummussalam...abg beli kereta baru?" tanya Puan Miyuki kepada suaminya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. "ya.. senang sikit urusan abang untuk uruskan proses kemasukan ke universiti Ritsuko nanti. Ritsuko merupakan anak ketiga mereka. Dia juga merupakan anak pertama Encik Kinomoto dan puan Miyuki yang berjaya melangkah masuk ke Universiti.

"ayah dah balik?" tanya sakura yang baru sahaja terjaga dari tidurnya. " ya, ayah ada belikan

adik hadiah" jawab Encik Kinomoto sambil tersenyum kepada anak kesayanganya itu. " adik nak tengok, ayah beli apa?"tanya sakura yang terus meluru ke arah ayahnya. "meh sini cium pipi ayah dulu baru boleh ambil hadiah" kata Encik Kinomoto sabil tersenyum. Tanpa membuang masa, sakura terus menuju ke arah bapanya dan mencium kedua-dua belah pipi orang tuanya itu. "muuuuahhh....muaaahh..." "dah...mana hadiah adik?" tanya sakura. Encik Kinomoto tersenyum dan terus menuju ke arah kereta yang baru sahaja dibelinya itu. Kemudian dia membuka pintu belakang kereta proton inspira tersebut dan mengeluarkan satu anak patung beruang yang berwarna pink. Kemudian dia menuju ke arah Sakura dan Puan Miyuki. "Nah..ini hadiahnya" kata Encik Kinomoto sambil tersenyum. Sakura mengambilnya dengan senyuman gembiranya.
 






Nantikan kemunculan episod akan datang.....

Wednesday, August 17, 2011

18 Ogos 2011

Today i'm not i a good mood. Do not know why. Maybe it's will coming..
this morning my car break down and i need to change the battery. They charge me for RM200.
During in Terengganu, i only used for RM125 to change the battery. Maybe i have cheated by them.
I's make my mood is very2 bad today...
Plus i don't get my allowance yet.. So sad someone do this for me.huhuhu

ingin memohon maaf.


Assalammualaikum...di sini sya ingin memohon maaf kerana kisah cerita cinta tidak dapat disiarkan lagi...hehehehe..
diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
apa pun, saya akan tukarkan ia dengan cerita yang baru ok?
Segala kesulitan amat dikesali..

Tuesday, August 16, 2011

korang nak blaja loghat negeri sembilan n logat terengganu?? meh c ni aku ajo kan..hehehehen


Ni loghat terengganu..
Aku dapat gambar ni dari course mate aku yang tak berapa nak betol. Aku bukan lah asal terengganu tapi tau lah sikit-sikit sebab aku study kat terengganu 3 tahun...je...hahahaha..
Kalo tersilap ke, korang janganlah marah aku, korg marah lah org yang buat picture ni..hehehehe



Ni plak Loghat Negeri Sembilan. Walaupun memang tanah tumpah darah aku kat Negeri sembilan, ada gak perkataan yang aku tak pernah dengar..heehehe...


Tapi, untuk pengetahuan korang, Loghat Negeri Sembilan ni ada perbezaan sket kat setiap daerah.. kalo korang nak tau bezanye, korg datang dan dengar lah sendiri slanga diorang. Tapi jangan lah pergi kat seremban / Port Dickson kalo nak dengar loghat negori...
peluang anda amat tipis..hanya itu yang mampu ku katakan..hehehe

ok gud luck..all the best..

ayam goreng special

Orang asyik tanya saya jer apa resepi ayam goreng special yang saya selalu masak.Kat sini saya nak kongsikan kepada sume orang resepi ni. Lepas ni malas dah nak hantar message panjang-panjang bagi resep kat org. huhuhu...

Bahan-bahan:

Tepung goreng:
1. 1/3 cawan tepung gandum
2. 2 cawan tepung beras
3. Serbuk kari ayam
4. 10g serbuk lada hitam (mengikut kesukaan anda. jika suka pedas, tambah banyak)
5. 10g serbuk lada sulah


Bahan-bahan perap ayam:
1. 5g Jintan Manis
2. 5g Jintan putih
3. 5g Rempah ketumbar
4. 1 biji bawang besar
5. 4 ulas bawang putih
6. 3 sm halia.


Bahan menggoreng:
1. 3 biji Telur
2. garam secukup rasa (agak-agak jer)
3. 1kg minyak masak.


Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan tepung goreng dalam satu bekas, kacau sehingga sebati. Warna tepung akan bertukar jadi color light peach lepas campur dengan serbuk kari. kalo tak nampak color peach tu, tambah lagi serbuk kari tu. tapi jangan sambar tepung jadi merah sangat.

2. Tumbuk/blenderkan bahan-bahan perap sambai hancur, kemudian gaulkan dengan ayam. Perap lebih kurang 2-3 jam supaya rempah tu kena serap kat ayam. (better buat steps ni dulu.. sebab nak perap lama).

3. Pecahkan telur dalam mangkuk, letak garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati.


masa nak goreng ayam ni leceh sikit. Anda kena goreng dalam periuk atau kuali yang ala-ala periuk. Lepas tu, goreng ayam ni kena guna minyak banyak, kalo tak nanti jadi mentah. lagi satu, api x boleh besar sangat, nanti luar dia hangus, dalam x masak.


Cara menggoreng:

1. celup ayam dalam telur, kemudian, celup dalam tepung. (macam iklan KFC)
2. Lepas ayam disalut dengan tepung secara keseluruhan, goreng dalam minyak panas. (ingat goreng ayam dalam periuk) Lepas 2 tutup periuk tu bagi ayam empuk. (jangan guna api besar taw)
3. Apabila ayam dah tukar jadi color perang, angkat ayam. cucuk-cucuk dengan garfu cheack ada darah tak. kalo ada darah, maksudnye ayam 2 mentah.
4. Bila dah masak, boleh mula hias dan hidangkan dengan kuah cili.


nak hias senang jer..ambik salad, susun dalam pinggan besar. Lepas 2 susun ayam atas salad, then ambik daun bawang dan daun sup, taburkan atas ayam.

nak buat kuah cili lagi lah mudah n petik jari. Tak payah nak susah-susah pergi blender cili..
Ambik sos cili thai, ltak dalam mangkuk,lepas 2 kacau dengan air panas. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat. Letak secubit garam dan sedikit gula. Cornfirm sedap. Lepas tu letak dalan cawan kecik (macam cawan orang cina minum teh masa kawen) dan susun dalam pinggan yang sama dengan ayam. Edit-edit lah yang mana patut bagi nampak lebih cantik..


ok selamat mencuba. Resepi ni bukan resepi tipu-tipu taw.. kalo tak percaya, try buat..

hari ni nak kongsi masakan mak saya yang paling saya suka. Ikan siakap masak lemak cili api dengan rebung

Bahan-bahanya:
1. Seekor ikan siakap yang siap di bersihkan dan di potong.
2. Rebung masam.
3. Cili api ( 8-10 biji ) mengikut citarasa masing-masing. Sekiranya anda sukakan pedas, boleh tambah lagi.
4. 1/2 biji Bawang besar.
5. 2 ulas bawang putih.
6. 2 sm kunyit hidup.
7. santan pekat.
8. garam secukup rasa
9. 1/2 cawan air
10. minyak masak.

Cara-cara:

1. masukan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili api, dan air ke dalam blender, kemudian kisar sehingga hancur. Kemudian tumis sehingga wangi.

2. masukkan ikan siakap yang telah di bersihkan, dan kemudian masukkan rebung yang telah siap dicuci. jalan kacau terlalu kerap. balik kan ikan setelah beberapa minit. (angan balikkan ikan melebihi 2 kali, kalo tak, ikan akan hancur)

3. tunggu sehingga semua bahagian rebung telah bertukar sehingga menjadi warna kuning. Kemudian masukkan santan pekat sehingga ikan tenggelam.

4. kacau di bahagian atas sahaja (jagan kacau ikan, nanti ikan rosak ) untuk menggelakkan daripada santan berketul. Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau sehingga ia mendidih.


maaf lah ye sebab x dapat nak kongsi gambar masakan tu kat sini. hehehe...

16 ogos 2011 (2)


malam ni seperti biasa kami jumpa lagi lepas terawih.
Tapi boleh plak kantoi dengan orang. Saya tak perasan pon orang tu pandang...hehehe
tiba-tiba jer dia malu. Cara bercakap pon berubah. Lepas tu blah macam tu jer..huhuhu
Masuk je dalam kereta, saya dah start nak merajuk. Lepas tu tiba-tiba ada message masuk.
"td ada orang pandang, malu..." message dari dia. Lepas baca, rasa dia comel plak..hehehe..

rasa hati penulis..

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Selalunya pagi-pagi ni saya akan masukan episod baru cerita cinta, tapi tah kenapa hari ni rasa malu plak nak tulis...huhuhu
kepala ni tak boleh nak fikir betapa malunya kisah saya yang pelik ni..
mungkin ada kelewatan episod hari ini di uploadkan..
harap pembaca bersabar ya..
beri saya sedikit masa untuk mengawal rasa malu yang tidak terhingga ni..
Terima kasih...

sedikit sebanyak...

cerita cinta ni sebenarye kisah benar pasal diri saya yang tak berapa nak baik ni..hehehehe..
kalo ikutkan memang pendiam pon sampai org cakap say sombong, tapi bukan niat nak jadi sombong..

masa saya tulis cerita cinta 1, saya baru je blaja tulis blog. Sebab tu blog saya ni x menarik langsung.. huhuhu..
bak kata orang buta IT. Saya lah orgnye tu..

kalo cerita ni tak sedap ke, mengguris hati pembaca ke, sya memohon ampun banyak-banyak.
Sekiranya cerita ni mendapat sambutan, saya akan teruskan kisah cinta saya dan teman lelaki kesayangan saya ni sampailah impian kami untuk berumahtangga tahun hadapan tercapai..
Sekian daripada saya. Terima kasih

16 ogos 2011 (1)


argh...hari ni stress...
Ada plak sorg mamat ni tiba-tiba cakap sya suka buat keputusan melulu...
kalo kita dah yakin yang kita betul-betul cintakan orang tu, kenapa mesti nak ragu-ragu?
tambah pula kita dah buat solat istiqarah, dah jawapanya masih sama..
kenapa dia mesti nak timbulkan rasa was-was di hati saya?

Lepas tu, baru jer tengok gambar saya, trus cakap suka..pas tu minta no phone pula.
Pelik-pelik...
dah lah saya ni girlfriend orang..
plus, sy syg sgt boyfriend sy tu. Bukan senang saya nak jumpa lelaki macam dia..
kenapa ramai sangat yang berusaha nak pisahkan kami??
apa yang kami buat sampai mereka buat kami macam ni?
kenapa semakin kami nak dirikan masjid, semakin banyak rintangan yang datang?
Besarnya dugaan ni...

Monday, August 15, 2011

15 Ogos 2011 (2)

Malam ni seperti biasa saya pergi terawih kat masjid dia kerja. Hehehe... lpas solat boleh jumpa walaupun sekejap.. sebelum solat isyak, dia sempat hantar sms cakap nak jumpa lepas tahlil. Masjid yang dia kerja tu biasanya akan buat majlis thahlil untuk arwah-arwah yang di tulis di dalam sehelai kertas oleh jemaah-jemaah yang hadir.


Hehehe..sejak akhir-akhir ni kami lebih kerap jumpa. boleh dikatakan hari-hari. Walaupun cuma beberapa minit, kami tetap rasa gembira. Saya berharap, hubungan cinta kami ini akan disatukan dengan perkahwinan secepat yang mungkin. Dan saya turut berharap, kebahagiaan ini akan berkekalan sehingga di akhirat kelak.

15 Ogos 2011 (1)

Sekarang ni kat office. Bosan giler. Mcm ni lah hidup seorang trainee. Entah apa keje yang dia bagi. Hari-hari kerja kitorang menaip modul pasal maritime education dan pasal mariners trainee. Mata naik layu nak tido, tapi disebabkan bos ada depan mata, kenalah bersemangat buat kerja. Ni pon tengah berlakon macam buat kerja, padahal dok menulis blog. hehehe...

Tapi pape pon, harap sangat dapat keje terus kat sini, untuk tampung keperluan diri untuk sekarang dan masa depan. Perempuan zaman sekarang tak boleh sentiasa bergantung pada lelaki untuk hidup. Kita kena banyak berdikari supaya masa depan kita lebih terjamin. Pada adik-adik yang masih belajar, study rajin-rajin ya. Jangan terlalu leka mengejar sesuatu yang x pasti.

Sunday, August 14, 2011

14 Ogos 2011

Saya masak nasi ayam fav dia..hehehe.. lepas buka puasa terus siap-siap nak pergi terawih. Masa kat masjid baru bagi dia nasi ayam yang saya masak. Dia kompain sebab bagi nasi banyak sangat, katanye takut gemuk. Padahal x leh gemuk pon. Cuma berat je. Biasalah lelaki selalunye lebih berat daripada wanita.

Lepas terawih dia terus makan nasi ayam tu. Dia cakap, nasi ayam saya masak sedap, cuma warna nasi yang kurang menyerlah. Almaklumlah first time masak nasi ayam. Itu pun dia yang ajarkan dan bagi resepi untuk saya masak. Hehehe, nampak sangat tak pandai masak. Selama ni asyk study je sampai tak tahu masak. Pape pon rasa happy sangat sebab dapat masakan untuk dia. hehehehe...

Popular Posts