Tuesday, August 16, 2011

hari ni nak kongsi masakan mak saya yang paling saya suka. Ikan siakap masak lemak cili api dengan rebung

Bahan-bahanya:
1. Seekor ikan siakap yang siap di bersihkan dan di potong.
2. Rebung masam.
3. Cili api ( 8-10 biji ) mengikut citarasa masing-masing. Sekiranya anda sukakan pedas, boleh tambah lagi.
4. 1/2 biji Bawang besar.
5. 2 ulas bawang putih.
6. 2 sm kunyit hidup.
7. santan pekat.
8. garam secukup rasa
9. 1/2 cawan air
10. minyak masak.

Cara-cara:

1. masukan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili api, dan air ke dalam blender, kemudian kisar sehingga hancur. Kemudian tumis sehingga wangi.

2. masukkan ikan siakap yang telah di bersihkan, dan kemudian masukkan rebung yang telah siap dicuci. jalan kacau terlalu kerap. balik kan ikan setelah beberapa minit. (angan balikkan ikan melebihi 2 kali, kalo tak, ikan akan hancur)

3. tunggu sehingga semua bahagian rebung telah bertukar sehingga menjadi warna kuning. Kemudian masukkan santan pekat sehingga ikan tenggelam.

4. kacau di bahagian atas sahaja (jagan kacau ikan, nanti ikan rosak ) untuk menggelakkan daripada santan berketul. Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau sehingga ia mendidih.


maaf lah ye sebab x dapat nak kongsi gambar masakan tu kat sini. hehehe...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts