
Ada kalanya dia bercakap-cakap dengan anak patung tersebut. Maklumlah, kanak-kanak kecil mempunyai daya imaginasi yang kuat. Hari ini Ryoko akan mendaftarkan diri di Universiti Kansai. En. Kinomoto pergi sesi pendaftaran Ryoko di Universiti tersebut. Manakala anak-anaknya yang lain pergi ke sekolah. Hanya Puan Miyuki dan Sakura yang tinggal di rumah.
Jam telahpun menunjukkan pukul 11.30 pagi. "Adik, jom kita masuk. mak nak masak." kata puan miyuki sambil berdiri dan menghulurkan tangan kepada Sakura untuk mendukungnya. Sakura terus mengangkat tanganya tanda ingin berdukung. Puan Kinomoto mendukung Sakura dan terus membawanya masuk ke dalam rumah. Puan Miyuki menyiapkan makanan tegah hari untuk dihidangkan kepada sakura. Walaupun Sakura Jarang sekali makan makanan seperti nasi, Puan Miyuki tetap setia menyediakan makanan anak kesayanganya.
Puan Miyuki menyuapkan Sakura dengan penuh kesabaran. Mulut kecil Sakura kelihatan comel semasa mengunyah butiran-butiran nasi dalam mulutnya. "mak, adik dah tak nak lagi" kata Sakura yang berhenti mengunyah. "makan lah lagi sikit, nanti tak besar" kata Puan Miyuki yang memujuknya. Sakura membuka mulutnya dan menerima suapan dari Puan Miyuki.Puan Miyuki tersenyum.

"pon..pon.." Puan Miyuki yang sibuk melayan kerenah anak kecilnya itu tersentak sedikit apabila terdengan bunyi hon kereta Encik Kinomoto yang baru tiba di perkarangan rumah mereka. Puan Miyuki berdiri dan mendukung sakura dan menuju ke arah Encik Kinomoto. "Macam mana Ryoko? dia Ok ke?" tanya Puan Miyuki yang bimbangkan anak gadisnya yang baru melangkah ke Universiti. "Dia Ok. Dah dapat kawan pun" kata Encik Kinomoto sambil tersenyum ke arah Puan Miyuki. Puan Miyuki berasa tenang dan dia tersenyum. Tetapi masih tersimpan rasa bimbang dan perasaan ingin tahu tentang sikap rakan yang baru dikenali oleh anak gadisnya itu semakin membuak-buak. Tanpa ragu-ragu, Puan Miyuki terus bertanya kepada Encik Kinomoto, " kawan-kawan Ryoko tu macam mana budaknya? baik ke tidak?" "awak ni, jagan lah bimbang sangat, kawan-kawan dia baik-baik je. Bersopan pula lagi." balas Encik Kinomoto sambil menghulurkan tanganya kepada sakura. Sakura menghulurkan tangan dan memeluk leher bapanya itu. Mereka terus masuk ke dalam rumah.
No comments:
Post a Comment