Friday, August 19, 2011

kaseh sakura episod 1


"mak...adik nak chuchu..." minta sakura yang baru sahaja siap mandi dan lengkap digayakan dengan gaun pink.
sakura yang berumur 3 tahun merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik beradik. 
"ni mak dah buatkan susu, kalau adik nak, cium pipi mak dulu" minta Puan Miyuki yang menghulurkan botol susu kepada sakura. "muuuahhh...." sakura mincium lembut pipi ibunya itu. Puan Miyuki tersenyum dan terus mendukung sakura dan memasukkanya ke dalam buaian. Puan Miyuki mendodoi anak bonsunya dengan rasa kasihan. Sakura terasing dengan kakak-kakaknye kerana jarak umurnya yang agak jauh. Dia lebih banyak bermain dengan anak-anak patungnya. Saiz anak patung beruangnya yang hampir sama dengan saiz badanye menyebabkan dia menganggap bahawa anak patung beruang itu adalah temannya. Sakura lebih banyak mendiamkan diri dengan orang ramai termasuk dengan kakak dan abangnya.

Puan Miyuki tersedar dari lamunan. Dia melihat semula wajah anak bongsunya itu sambil terseyum.

Kemudian dia menuju ke dapur. Dia melihat jam didinding. Sudah hampir 5.30 petang. Puan Miyuki mula mengambil keledek untuk di goreng sebagai juadah minum petang. Beberapa minit kemudian, Puan Miyuki terdengan bunyi kereta yang memasuki perkarangan rumahnya. Dia meninjau ke luar untuk memastikan siapakah geranganya, dia melihat suaminya iaitu Encik Kinomoto yang keluar dari kereta tersebut. Dia menuju ke arah Puan Miyuki dan memberi salam. "assalammualaikum..." "Waalaikummussalam...abg beli kereta baru?" tanya Puan Miyuki kepada suaminya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. "ya.. senang sikit urusan abang untuk uruskan proses kemasukan ke universiti Ritsuko nanti. Ritsuko merupakan anak ketiga mereka. Dia juga merupakan anak pertama Encik Kinomoto dan puan Miyuki yang berjaya melangkah masuk ke Universiti.

"ayah dah balik?" tanya sakura yang baru sahaja terjaga dari tidurnya. " ya, ayah ada belikan

adik hadiah" jawab Encik Kinomoto sambil tersenyum kepada anak kesayanganya itu. " adik nak tengok, ayah beli apa?"tanya sakura yang terus meluru ke arah ayahnya. "meh sini cium pipi ayah dulu baru boleh ambil hadiah" kata Encik Kinomoto sabil tersenyum. Tanpa membuang masa, sakura terus menuju ke arah bapanya dan mencium kedua-dua belah pipi orang tuanya itu. "muuuuahhh....muaaahh..." "dah...mana hadiah adik?" tanya sakura. Encik Kinomoto tersenyum dan terus menuju ke arah kereta yang baru sahaja dibelinya itu. Kemudian dia membuka pintu belakang kereta proton inspira tersebut dan mengeluarkan satu anak patung beruang yang berwarna pink. Kemudian dia menuju ke arah Sakura dan Puan Miyuki. "Nah..ini hadiahnya" kata Encik Kinomoto sambil tersenyum. Sakura mengambilnya dengan senyuman gembiranya.
 






Nantikan kemunculan episod akan datang.....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts