Wednesday, November 16, 2011
Buat Palet Guna Sampah
SAMPAH yang dibuang jika tidak diuruskan dengan betul bukan saja menjadi beban malah boleh berubah kepada sarang pelbagai makhluk perosak dan haiwan berbahaya.
Bagaimanapun kini sampah boleh menjadi lubuk duit jika diselenggara betul,
malah Bumi menjadi lebih sihat.
Sebuah syarikat tempatan De Frazer Industries Sdn. Bhd. (De Frazer) mengambil inisiatif mengitar semula kertas terpakai yang biasanya dibuang atau dibakar kepada palet hijau mampat (compressed green pallet).
Malah, palet hijau mampat yang boleh menghasilkan kerusi, meja dan rangka katil mampu menampung berat muatan sehingga empat tan pada satu-satu masa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Celine S. L. Ng berkata, pihaknya menubuhkan De Frazer pada tahun 2008 dengan pelaburan permulaan sebanyak RM2 juta.
"Produk palet hijau itu mendapat sambutan yang amat baik di luar negara terutama Singapura, Iran, Thailand, Filipina, India dan negara Eropah.
"Pelanggan utama kami adalah pengeluar barangan elektrik dan elektronik terkenal," katanya semasa ditemui di Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Buat masa ini, kata Celine, lebih 80 peratus pasarannya adalah untuk dieksport manakala 20 peratus lagi untuk pasaran tempatan yang mana pelanggan terdiri daripada hotel bajet, tadika dan premis-premis persendirian.
Setakat ini, De Frazer mempunyai sebuah kilang di Seri Kembangan, Selangor dengan kapasiti pengeluaran 20,000 keping palet hijau sebulan.
Menurutnya , palet hijau De Frazer diperbuat daripada kertas kitar semula dengan campuran fiber.
Ketika ditanya sama ada pihaknya merancang memperluaskan kapasiti pengeluarannya, Ng menambah, syarikat merancang untuk melabur sebanyak RM10 juta bagi membuka kilang pengeluaran di Meru, Klang, Selangor.
Jelas beliau, pihaknya menyasarkan untuk menghasilkan 50,000 hingga 100,000 keping palet hijau sebulan sehingga akhir tahun ini berikutan pembukaan kilang baru.
"Kami juga merancang untuk memperkenalkan program francais ke luar negara tidak lama lagi berikutan sambutan yang baik," ujarnya.
Ditanya sama ada pihaknya merancang untuk membuka gedung perabot seperti Ikea dan lain-lain di negara ini, Ng menambah, perancangan itu ada, namun, pihaknya perlu mencari banyak bakat pereka bentuk bagi tujuan tersebut.
Apa yang lebih menarik palet hijau mampat boleh dijual sebagai perabut pasang siap kerana bahannya ringan dan mudah dipasang.
(dipetik daripada Utusan Malaysia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dulu saya ada masukan kamus loghat Terengganu dan Negeri Sembilan, Kali ni, kita blaja loghat Kelantan pula..(^_^)..Selamat Mencuba...
-
Ni loghat terengganu.. Aku dapat gambar ni dari course mate aku yang tak berapa nak betol. Aku bukan lah asal terengganu tapi tau lah sik...
-
"mak...adik nak chuchu..." minta sakura yang baru sahaja siap mandi dan lengkap digayakan dengan gaun pink. sakura yang berumur ...
No comments:
Post a Comment