Wednesday, November 16, 2011
Elaun Pegawai Masjid Meningkat
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Kerajaan bersetuju menaikkan elaun Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid (PPPM) RM600 sebulan, berkuat kuasa Januari tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dengan kenaikan itu,
PPPM seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak menerima RM1,810 sebulan berbanding RM1210 sebelum ini.
"Peruntukan tambahan ini diluluskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-52, Ogos lalu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kenaikan tersebut amat signifikan kerana kerajaan menyedari beban tugas yang dipikul oleh semua PPMD seluruh negara khususnya negeri-negeri yang mempunyai bilangan PPMD kecil.
"Seperti di Kelantan, seorang PPMD terpaksa menjaga 191 masjid di seluruh negeri, sekali gus menambahkan beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh pegawai tersebut," katanya selepas merasmikan Multaqa PPMD seluruh negara untuk kali kedua di sini, hari ini.
Katanya, ketika ini, negara mempunyai 78 PPMD yang ditempatkan di Pejabat Agama Islam Daerah.
"Jakim juga sedang dalam perbincangan untuk menaikan elaun-elaun lain seperti kos sara hidup (COLA), perubatan dan tuntutan perjalanan.
"Kita juga akan melantik lebih ramai PPMD kerana jumlah sedia ada tidak mampu menyelaras pentadbiran di semua 6,119 masjid seluruh negara," tambahnya.
(Di Petik Dari Utusan Malaysia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dulu saya ada masukan kamus loghat Terengganu dan Negeri Sembilan, Kali ni, kita blaja loghat Kelantan pula..(^_^)..Selamat Mencuba...
-
Ni loghat terengganu.. Aku dapat gambar ni dari course mate aku yang tak berapa nak betol. Aku bukan lah asal terengganu tapi tau lah sik...
-
"mak...adik nak chuchu..." minta sakura yang baru sahaja siap mandi dan lengkap digayakan dengan gaun pink. sakura yang berumur ...
No comments:
Post a Comment