Wednesday, November 16, 2011
Kena Sengat Tebuan Masa Exam SPM
JERANTUT 16 Nov. - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang 'bergelut' menjawab soalan kertas Bahasa Inggeris 2, terpaksa menahan kesakitan apabila pahanya disengat seekor tebuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin di sini semalam.
Kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd. Irfan Abdul Khalid, 17, sedang leka menjawab soalan peperiksaan kertas itu yang bermula pukul 10.30 pagi.
Pelajar itu dikatakan tidak menyedari seekor tebuan tiba-tiba muncul dan menyengat pahanya.
Ibu pelajar terbabit, Normah Hasim, 61, berkata, selepas disengat, anaknya mula berasa sakit namun dia sempat menepis serangga itu dan membunuhnya.
"Sewaktu menahan kesakitan, anak saya sempat menjawab soalan kerana bimbang dia tidak dapat menghabiskan kertas peperiksaan itu.
"Namun, beberapa minit kemudian, anak saya mendapati air keluar dari telinga dan hidungnya menyebabkan dia meminta kebenaran untuk keluar ke tandas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Dinding dekat sini semalam.
Normah memberitahu, Mohd. Irfan bagaimanapun tidak memaklumkan kejadian itu kepada guru pengawas peperiksaan sehingga badannya kian lemah dan segera dibawa oleh guru ke Hospital Jerantut.
Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, pegawai perubatan memaklumkan anaknya mengalami alahan namun tidak serius dan boleh kembali ke sekolah selepas diberi suntikan dan ubat.
Kata ibu tunggal itu lagi, anaknya pernah disengat tebuan sebelum ini tetapi kesan yang paling teruk kali ini, dia mengadu badannya kesejukan selain hilang selera makan.
"Saya berterima kasih kepada guru yang segera menghantar anak saya ke hospital dan berharap agar anak saya dapat menamatkan peperiksaan SPM kerana ini melibatkan masa depannya," kata Normah.
Sementara itu, Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Devaraj Salam berkata, pelajar itu mengalami alahan akibat sengatan tersebut iaitu beberapa bahagian badannya menjadi bengkak dan kemerahan termasuk di mata dan lengan.
(Disunting dari Utusan Malaysia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dulu saya ada masukan kamus loghat Terengganu dan Negeri Sembilan, Kali ni, kita blaja loghat Kelantan pula..(^_^)..Selamat Mencuba...
-
Ni loghat terengganu.. Aku dapat gambar ni dari course mate aku yang tak berapa nak betol. Aku bukan lah asal terengganu tapi tau lah sik...
-
"mak...adik nak chuchu..." minta sakura yang baru sahaja siap mandi dan lengkap digayakan dengan gaun pink. sakura yang berumur ...
No comments:
Post a Comment